Saturday, November 20, 2010

Kat Karnival Kerjaya

Hari sabtu tadi saya ada pegi ke karnival kerjaya kat PWTC bersama adik, pegi naik komuter, tapi punyalah lama tunggu ia, sampai lebih dari setengah jam, biasala tu kan. Masa tu pun adik saya mulalah citer masa dia kat London dulu (tahun lepas) masa jenguk kakak saya kat sana.

Dia adalah cakap setiap 10-15 minit tren kat sana akan tiba ikut schedule-nye tepat-tepatlah, tak penah lambat; nak dijadikan citer, ada satu masa, tren lambat dan dia kata ada announcement kata tren datang 30 min lambat sebab masalah teknikal - punyalah bising semua penumpang2 orang puteh kat sane tak puas hati sampai ada yang mencarut-carut (adik saya cakap lah). kelakar kan...

ok berbalik semula pada waktu present..
Selepas 3 komuter dah naik, sampai lah saya dan adik saya kat PWTC, saya ingatkan ada banyak booth kerja sampai penuh dlm dewan tu nanti, tapi saya lihat masih ada ruang kosong. Orang datang yg nak apply pun tak ramai. Mungkin ahad nanti banyak lah yg datang kot.

Kat situ pun saya apply lah saya nyer resume kat booth2 yang berminat tapi saya baru prasan yg saya hanya buat satu resume je - lupa nak print banyak2. Jadi, kesilapan diri, terkena lah sendiri, terpaksa lah cari kedai fotostat kat luar (jumpa dan terus copy 10 keping).

Dah copy, saya pun hantar lah resume ke booth2 yg berminat, termasuk Tentera Darat Malaysia (oklah, diorang tak terima resume, tapi dia suruh tengok website dioranglah sebab diorang wat promo je kat PWTC tu). Saya mula2 tak berminat dgn tentera ni, tapi adik saya yang suruh saya masuk (supaya saya fit badan).

Habis kat situ, kita pun pegilah jln2 naik tren ke Mid valley, tapi akhir2 gak - tak beli apa2 langsung... buat penat jalan je...

No comments:

Post a Comment