Monday, February 21, 2011

Idea Komik "Johari Hari"

Kisah Komik Johari Hari
Kisah ni di buat berlatar kan di dunia sebenar di Negara Tanah Air kita iaitu Malaysia. Dan dunia ni dilihat dalam pandangan seorang watak dalam cerita tersebut, iaitu Johari Hari. Kisah-kisah dalam cerita ni lebih tertumpu kepada kehidupan beliau yang sentiasa menghadapi masalah. Dalam pandangan Johari juga, beliau nampak dunia sebenar yang dialami masayarakat sekarang negara kita dan dikisah kan dalam bentuk sinis dan lawak (kadang-kadang tidak masuk akal dan penuh imaginasi luar biasa). Motif utama saya (pelukis dan juga pereka cerita ni) adalah ingin menyampaikan mesej dalam komik ni tentang keaadan sekiling melalui pandangan si Johari ni.

Cerita Johari bermula dengan beliau dihalau keluar dari rumah keluarganya kerana tidak mengambil serius didalam pelajaran nye. Ayahnye telah memutuskan duit belanjanye dan juga segala sumbangan nye menyebabkan Johari terpaksa mencari rezeki sendiri.

Sedang beliau mencari, beliau berjumpa dengan orang baik bernama Hasan Bosan. Hasan setuju untuk menumpangkan beliau ke apartment beliau dengan syarat – Johari kene berkerja dengan pakcik Hasan bernama Prof BAD-Role (Badrul), seorang saintis yang penuh dengan rekacipta luar biasa ala-ala doreamon. Hendak ditambah lagi, reka cipta beliau sentiasa mengalami masalah, dan terserah lah kepada Johari dan juga Hasan untuk menyelesaikan nye.

Bermula dari situ, bermula lah kisah Johari Hari dan juga Hasan Bosan menempuh kehidupan penuh aksi dan pancaroba.


Sila beri komen anda!! ^_^

Wednesday, February 16, 2011

Buat ape?

Assalamualaikum... Dan Salam sejahtera kpd pembaca.

Seperti pernah saya katakan dulu.... Saya ada mau buat blog ni sebagai blog untuk pelbagai idea yg menarik akan saya letak dalam blog ni... tapi, memandangkan
sebab kepayahan untuk melawan perasaan malas ni... saya jadi tak berapa update
sangat blog ni; seperti pepatah melayu "hanya janji Melayu..." (atau mungkin saya
je kot yg malas... org Melayu dan janji takde kaitan pun dgn keaadaan saya sekarang)

Saya juga ada kata hendak menunjukkan komik baru kat blog saya ni, tapi sampai sekarang tak ade lagi... Mintak maap lah sesangat kerana terlalu lama sangat menangguh masa.

Jadi, dgn azam hari kelahiran Rasullullah ini (smlm lah), saya ingat akan cuba berubah dgn buat at least some thing lah dgn janji saya (komik tu). Dan juga buat some thing yang productive kpd org (dan saya).

Macam tadi, saya baru je hantar lawak ke Reader Digest, baru satu je, sebab ada satu je idea tadi. Tak tau diorg pilih ke tak (yelah, baru je hantar). Knp saya hantar lawak ke reader digest? Sebab dapat duit!

Ok lah.. stakat ni je update saya... apelah saya ni, org azam utk wat benda baik, ni kan pulak azam lepas hari kelahiran Rasullullah SAW, tapi buat benda utk dapat duit... lepas tu guna kompeni nye laptop dan server untk main internet dan wat blog ni...

Hai jahat nye saya...