Monday, February 21, 2011

Idea Komik "Johari Hari"

Kisah Komik Johari Hari
Kisah ni di buat berlatar kan di dunia sebenar di Negara Tanah Air kita iaitu Malaysia. Dan dunia ni dilihat dalam pandangan seorang watak dalam cerita tersebut, iaitu Johari Hari. Kisah-kisah dalam cerita ni lebih tertumpu kepada kehidupan beliau yang sentiasa menghadapi masalah. Dalam pandangan Johari juga, beliau nampak dunia sebenar yang dialami masayarakat sekarang negara kita dan dikisah kan dalam bentuk sinis dan lawak (kadang-kadang tidak masuk akal dan penuh imaginasi luar biasa). Motif utama saya (pelukis dan juga pereka cerita ni) adalah ingin menyampaikan mesej dalam komik ni tentang keaadan sekiling melalui pandangan si Johari ni.

Cerita Johari bermula dengan beliau dihalau keluar dari rumah keluarganya kerana tidak mengambil serius didalam pelajaran nye. Ayahnye telah memutuskan duit belanjanye dan juga segala sumbangan nye menyebabkan Johari terpaksa mencari rezeki sendiri.

Sedang beliau mencari, beliau berjumpa dengan orang baik bernama Hasan Bosan. Hasan setuju untuk menumpangkan beliau ke apartment beliau dengan syarat – Johari kene berkerja dengan pakcik Hasan bernama Prof BAD-Role (Badrul), seorang saintis yang penuh dengan rekacipta luar biasa ala-ala doreamon. Hendak ditambah lagi, reka cipta beliau sentiasa mengalami masalah, dan terserah lah kepada Johari dan juga Hasan untuk menyelesaikan nye.

Bermula dari situ, bermula lah kisah Johari Hari dan juga Hasan Bosan menempuh kehidupan penuh aksi dan pancaroba.


Sila beri komen anda!! ^_^

3 comments:

  1. wah hadi. sila2 teruskan story ni. agak promising punya starting cerita ni. :D

    ReplyDelete
  2. yaaah...tak lama lg dpt la aku baca komik ko;)

    ReplyDelete