Wednesday, October 17, 2012

Apa yang kita baca?

Assalamualaikum,

ini nak cerita lah, pada satu masa, saya ada pegi ke MPH di Alamanda (lagi),
cari lah apa2 buku yang menarik. Lepas tu jumpa lah buku ni kat sekysen
belakang Autobiograpfi (saya lupa apa nama bahagian tu).

Saya bacalah review belakang buku tersebut, tajuk buku tu "Cyburbia" kot

(Terambil sekali harganya sekali)

Saya tak baca lah isinya (sebab ia banyak cerita pasal sejarah dan pendapat penulis ni), tapi
dari apa yang saya baca dari belakang buku ni je saya terfikir:
"Adakah saya dah terpengaruh sangat terhadap apa yang saya baca dulu?"
"Adakah saya berubah pandangan ke arah baik atau buruk sebab apa yang saya baca kat
apa yang tulis?"
"Adakah orang yang tulis tu betul atau hanya memesongkan kita untuk percaya apa yang mereka mahu kita percaya?"
"Mudah sangat ke saya terpengaruh hanya kerana mereka menulis 'PEOPLE CHOICES', 'TODAY'S
TOP TREND', 'BEST BOOK', 'HOW TO BE BEST ON...'?"

Kebanyakkan buku, blog, dan artikel kat internet semuanya dibuat oleh 'orang asing'; orang asing yang kita banyak sangat mengikuti dan agong-agongkan selain dari budaya kita sendiri. Padahal saya lupa, kebanyakan yang mereka menulis, mengikut budaya dan pemahaman mereka.

Dan itu tidak bagus. Kerana pada pendapat saya:

1) Budaya kita dah memang bagus, malah hebat lagi! kenapa nak ikut budaya mereka, mereka ikut budaya kita ke?
2) Berita atau penemuan yang mereka jumpa betulke? Kenapa mereka kata cara mereka bagus, padahal penyelesaian yang mereka beri datang dari minda mereka yang bukan dari Ajaran Islam.

Bukan nak kata kita jangan baca apa2 yang mereka tulis, kalau apa yang mereka tulis tu merupakan nasihat atau fakta yang baik, kita jadikan pengajaran;

cuma saya fikir yang saya dah banyak sangat terpengaruh dengan cara pemikiran dan budaya sekular mereka, padahal saya patut ingat,
yang saya patut berpandukan pemikiran Islamik.

Ikuti Ajaran Al-quran dan Al-Sunnah.

Ini, hanya apa yang saya fikirkan sahaja. Kalau nak baca sesuatu, jangan mudah terpengaruh. dan pastikan apa yang kita baca tu bawa manfaat kepada kita dalam kehidupan dunia dan Akhirat.

Wassalam...

Monday, October 8, 2012

Saje nak 'Rant'

Ok, Buat masa ni, takde sangatlah nak beri idea, tapi lebih kepada nak luahkan sedikit perasaan.

Pernahkah korang makan kat Alamanda di Rasa? Kalau awak pegi ke hujung sekali ada kedai waffle, Johnny dan lagi satu restoran saya lupa nama dia? Tapi, yang saya nak mengata ni ada satu kedai jual burger juga kat kawasan tu. Nama kedai tu Noah's. Awak boleh nampak logo tulisan namanya dengan topi 'N' dan ada katun orang pakai topi yang nampak muka nya macam watak dalam komik 'Archie' tengah makan burger.

Kedai tu TAK SEDAP! Ni gambar kedai tu:


Komennya yang nak beri pada kedai tu adalah:-
1. Nak buat satu burger punya nya lambat, sampai kakak saya beli yee mee dah abis makan dah. Burger jual kat tepi jalan pun lagi cepat!

2. Burger ayam dia rasa masin giler! Burger daging dia lak TARAK RASA LANGSUNG!
Asalkan burger Ramlee ada rasa; burger Mcdonald ada rasa; Burger KIng ada rasa; A&W ada rasa; KFC nyer burger ada rasa, Ni NOAH nyer burger TAKDE rasa langsung!!! Burger daging dia rasa macam awak tengah makan tahu kosong tanpa kicap!

 Saya marah ni bukan sebab sekali kene, tapi DUA kali (saya pegi lagi sekali pada hari lain sebab ingat nak bagi can la). Ia lambat sangat nak siap buat orang kebulur je, dan apabila dapat, TAK SEDAP. lepas tu MAHAL LAK TU!

Oklah, ni hanya komen saya jelah, tapi kalau korang tak caya, korang cubalah, mungkin kene dengan citarasa korang ke, itu saya tak komen lah. Tapi saya rasa beli burger kat situ tak berbaloi, beli yee mee jelah kalau korang nak makan kat situ.