Friday, December 17, 2010

Seminggu sebelum...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas saya baru saja habis Outboud saya kat Lumut (salah satu daripada aktiviti wajib kena buat utk training program yg saya amik). Seminggu lah amik.

Masa seminggu tu, adalah buat lebih kurang dua aktiviti besar (sebab tak cukup masa utk buat banyak dalam masa lima hari je trainer cakap). Aktiviti tu ialah kayaking keliling pulau Pangkor, dan wall climbing.

Aktiviti kayak tu amik masa dua hari nak habiskan, mula2 kayak ke satu pulau dan duduk situ satu malam, dan esok kayak sampai habis ke starting point. Penat gak lah, dua org dalam kayak, satu pompuan satu laki (spt biasa, lelaki kena kayuh kuat sikitlah).

Habis kena sunburn kaki saya... lma sgt kat laut...

Lepas tu, main wall climbing; ada rasa achievement lah sebab dapat naik bahagian wall yang hampir suma orang tak dapat naik.

Habis tu, hari last waktu malam kita wat barbeku. Sedap gak, yelah... makan free... tapi rasa bazir sbb makanan byk sangat...

Hari Jumaat kita balik rumah... Lepas tu hari Ahad lak kita gi Motorshow kat PWTC. Mula2 rasa tak nak gi, tapi ayah dah ajak, kene la pegi...

Masa sampai, takdelah bosan sangat yang saya jangkakan. Menarik gak design kereta2 nye... Tapi saya lagi suka motor2 kat sana.




Tulah citer saya sepanjang minggu lepas. Minggu ni program cam biasa je...

No comments:

Post a Comment