Monday, December 27, 2010

Ciptaan yang menarik!

Sebagai salah satu objektif saya, iaitu memberitau apa2 ciptaan yang menarik ke dalam blog saya. Ini merupakan beberapa ciptaan yang saya rasa hendak share dengan korang:

Filtering straw

Aqua Safe
Life straw


Straw2 ni boleh digunakan di mana2 lopak air dan terus minum air dari situ tanpa risau akan taun dan sebagainya (bagus di tempat yang kurang dan memerlukan air bersih mcm kat Afrika / India atau padang pasir dan etc. Tapi jgn cuba kat tempat loji lak! Tu dah takde keje dah namanye...)



Smartpen



Pen ni telah di bubuh cip pintar dimana ia bukan sekadar menulis. Malah ia boleh digunakan untuk me-record suara dan record juga apa yg awak dah tulis kat kertas ke dalam memorinyer sendiri. Tekan link kat bawah untuk gi ke web video iklan nyer...
Smartpen


Smart TrashCan

Trashcan


Tong Sampah Pintar ni pandai membersihkan diri dari kuman, jadi jikalau ibu2 tgh memasak dan buang sisa2 makanan ke dalam nye... ia dapat menghilangkan bau dan ia juga contamination free. Selamat untuk kanak2.



Setakat itu saje ciptaan2 yg berinovasi dan juga menarik. Mungkin akan datang saya akan bagitau ciptaan2 yang lain...

Sekarang saya dah masuk Intership kat MedicLink System SDN BHD kat MMU Cyberjaya. Baru start. ^_^ (Ni pun guna komputer ofis - jahatnyer saya)

Takderlah... Gurau je :-P

Friday, December 17, 2010

Seminggu sebelum...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas saya baru saja habis Outboud saya kat Lumut (salah satu daripada aktiviti wajib kena buat utk training program yg saya amik). Seminggu lah amik.

Masa seminggu tu, adalah buat lebih kurang dua aktiviti besar (sebab tak cukup masa utk buat banyak dalam masa lima hari je trainer cakap). Aktiviti tu ialah kayaking keliling pulau Pangkor, dan wall climbing.

Aktiviti kayak tu amik masa dua hari nak habiskan, mula2 kayak ke satu pulau dan duduk situ satu malam, dan esok kayak sampai habis ke starting point. Penat gak lah, dua org dalam kayak, satu pompuan satu laki (spt biasa, lelaki kena kayuh kuat sikitlah).

Habis kena sunburn kaki saya... lma sgt kat laut...

Lepas tu, main wall climbing; ada rasa achievement lah sebab dapat naik bahagian wall yang hampir suma orang tak dapat naik.

Habis tu, hari last waktu malam kita wat barbeku. Sedap gak, yelah... makan free... tapi rasa bazir sbb makanan byk sangat...

Hari Jumaat kita balik rumah... Lepas tu hari Ahad lak kita gi Motorshow kat PWTC. Mula2 rasa tak nak gi, tapi ayah dah ajak, kene la pegi...

Masa sampai, takdelah bosan sangat yang saya jangkakan. Menarik gak design kereta2 nye... Tapi saya lagi suka motor2 kat sana.




Tulah citer saya sepanjang minggu lepas. Minggu ni program cam biasa je...

Wednesday, December 1, 2010

Nak Lain... Dapat Lain...

Assalamualaikum...

Sori lama tak blog... dan sori gak komik tak tunjuk lagi...
Semua ni kerana saya tiba2 dapat jemputan penyampaian hadiah untuk satu pertandigan melukis sempena hari merdeka dulu. Saya punya lah excited pasal jemputan tu dan pun pegi lah ke Balai Seni Lukis Negara.

Tapi masa diorg panggil pemenang, NAMA SAYA TAK DIPANGGIL LANGSUNG! , malah masa sesi penggambaran pun diorang kata untuk pemenang je, kenapa tak bagi semua peserta masuk je amik skali? Kan kamera yg diorg guna tu canggih?

Masa kat sana, adalah nampak artis Gayour (Majalah Ujang dulu dan sekarang g3) dan Slaium (majalah Gempak) tapi tak brapa kisah sebab tak menang apa2 ;>_<;

Tapi, tak dapat yg diharap, dapat pulak yg lain...

SAYA DI CALL DIPILIH UNTUK MASUK GREAT TRAINING PROGRAM KAT CYBERJAYA!

Program tu dibuat kat Cyberjaya dan ditaja oleh Cyberview. Training program tu untuk train org yang dipilih bagi meng-increase-kan employability seseorang. Saya pun dah start program tu Isnin lepas... Oklah, menarik program yang diorang buat.

Nanti Isnin minggu depan ni lak, saya akan diwajibkan pegi ke Lumut untuk Outbound nyer aktiviti. Ada lah rasa sedikit excited.

Memang tak dijangka yek... Seperti biasalah, kita yang buat... tetapi TUHAN yang menentukan segala-galanya...